Khamis, 17 Mac 2011

MENGINSAFI MELALUI BENCANA


DUNIA memang diciptakan bukan untuk kesenangan hakiki. Sebab itulah kita sentiasa bertemu dengan aneka jenis bencana alam atau musibah yang bukan sedikit meranapkan ketenangan hidup. Hebat bagaimana sekalipun kemajuan yang dicapai sesebuah negara atau masyarakat, bencana dan musibah dahsyat sering menghantui dan membelenggu kehidupan manusia.
Sewajarnya setiap apa yang terjadi seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar mahupun tsunami menjadi penyebab kepada kita untuk menjadi semakin pasrah kepada kekuasaan Allah sebagai Tuhan Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.

Sepatutnya juga segala malapetaka selama ini banyak mendidik hati kita agar semakin mendekati Allah dan menanamkan sikap bertakwa yang mendalam. Bencana alam yang datang silih berganti melanda pelosok dunia menginsafkan diri kita bahawa kita mesti menjauhi sifat sombong dan berbangga dengan keupayaan membangunkan ilmu teknologi tinggi. Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui...

Isnin, 14 Mac 2011

WASIAT NABI NUH


Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)”

Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!”

Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang