Tahukah anda bahawa al Quran mengandungi banyak kaitan dengan angka 19? Angka ini disebut di dalam al Quran di dalam surah al Muddaththir ayat 30: “ Di atasnya ada sembilan belas.” Angka ini turut menjadi kod di pelbagai tempat di dalam al Quran.Antaranya ialah:
• Kalimah “bismillahirrahmanirrahim” mengandungi 19 huruf.
• Al Quran mengandungi 114 surah iaitu 19 X 6.
• Surah pertama yang diturunkan iaitu surah al ‘Alaq (surah ke-96) adalah surah ke-19 jika dibilang daripada belakang.
• 5 ayat pertama yang diturunkan mengandungi jumlah perkataan di dalamnya sebanyak 19 patah perkataan.
• Surah pertama yang diwahyukan iaitu surah al ‘Alaq mengandungi 19 ayat dan 285 jumlah perkataan di dalamnya(19 x 5).
• Surah an Nasr iaitu surah terakhir yang diwahyukan, juga mengandungi 19 perkataan. Tambahan pula,ayat pertama surah an Nasr yang menceritakan tentang pertolongan Allah, juga mengandungi 19 huruf.
• Terdapat 114 basmalah di dalam al Quran (19 x 6).Jumlah surah di dalam al Quran yang dimulai dengan basmalah
ialah 113. Satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan basmalah ialah surah ke-9 iaitu surah at-Taubah. Namun begitu terdapat 2 basmalah di dalam surah an Naml iaitu di permulaannya dan pada ayat ke-30, menjadi bilangan basmalah di dalam al Quran sebanyak 114 (19 X 6) kesemuanya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan